Gambar Potret Kekasih Pablo Picasso Berharga AS$41.5 Juta

NEW YORK – Potret kekasih Pablo Picasso hanya terjual pada harga AS$41.5 juta ( RM127 juta) ketika pameran seni di New York.

Lukisan tahun 1932 digelar Nature morte aux tulipes, itu dijual ketika pameran Sotheby Impressionist di Manhattan.

Potret kekasih Picasso berharga RM127 juta

Namun, penganjur agak terkilan kerana harga potret itu sepatutnya mencecah AS$35 juta (RM107 juta) dan AS$50 juta (RM153 juta).

Lukisan menggambarkan wajah kekasih Picasso Marie Therese Walter, sedang mengubah bunga dalam keadaan ghairah.

Potret kekasih pelukis terunggul dunia itu sering menjadi rebutan hartawan dan peminat lukisan dunia kerana mempunyai nilai estetika tinggi.

– AP

Facebook Comments
Close