Gambar Hidung Kanak-kanak 4 Tahun Tertusuk Pemutar Skru

GANSU – Seorang kanak-kanak berjaya diselamatkan selepas sekumpulan doktor berupaya mencabut pemutar skru dari hidungnya di Tianshui, wilayah Gansu, China.

Akhbar tempatan melaporkan, Jiali Gang, 4, dipercayai tergelincir ketika bermain di rumah neneknya.

tertusuk pemutar skru

Menurut ibu mangsa, Jiali dikejarkan ke dua hospital, namun doktor enggan merawatnya kerana berisiko tinggi.

“Saya bergegas ke hospital Xijing untuk mendapatkan rawatan dan keadaan Jiali terlalu tenat ketika itu,“ katanya.

Sementara itu, pakar bedah Yu Qin berkata, dari imbasan x-ray, pemutar skru itu hanya terletak dua hingga tiga milimeter dari bahagian otaknya.

“Dia berisiko mengalami kerosakan sel jangka panjang. Kami berjaya melakukan pembedahan tanpa mengusik bahagian otaknya,” katanya.

– Daily Mail

Facebook Comments
Close