Wanita Malaysia di Kedudukan Tiga Manakala Singapura Kelima Dalam Kajian Tak Setia Di Dunia

SINGAPURA: Kaji selidik Durex baru-baru ini menyenaraikan wanita Singapura yang kelima paling tidak setia di dunia.

Pungutan pendapat daripada 29,000 wanita di 36 negara meletakkan Ghana di tangga pertama dengan 62 peratus apabila wanitanya mengakui menipu teman lelaki dan suami mereka. Wanita Thai berada di kedudukan kedua dengan 59 peratus, wanita Malaysia ketiga (39 peratus) dan Russia keempat (33 peratus).

Wanita Singapura kelima paling tak setia di dunia

Di tangga kelima adalah wanita Singapura yang tidak begitu setia dengan 19 peratus.

Menyenaraikan lelaki Singapura sebagai paling ramai melakukan seks rambang di Asia, kaji selidik jenama kondom itu berkata, mereka mempunyai 16 pasangan secara purata dalam kehidupan mereka. – ST

Facebook Comments

Comments are closed.

Close