Penyamun Larikan Bayi Berusia 55 Hari

Seorang ibu hanya menangis sepanjang hari sejak bayi lelakinya berusia 55 hari dilarikan lima lelaki yang sebelum itu turut menyamunnya berdekatan rumah sewanya di Taman Saujana Akasia, dekat sini, malam kelmarin.

Ketika kejadian jam 7.45 malam itu, mangsa, Cho Cho Tun, 33, berasal dari Myanmar, dalam perjalanan pulang ke rumah bersama bayinya, Mikalithu selepas membeli barang di pasar malam yang hanya tiga minit perjalanan dari rumah sewanya.

Kebas sekali bayi 55 hari

Suami mangsa, Nay Soe Aung, 29, berkata, ketika isterinya berjalan pulang bersendirian, dia dihampiri lima lelaki yang menaiki beberapa motosikal.

“Dua daripada lelaki terbabit mengacukan pisau ke leher dan perut isteri saya sebelum memintanya menyerahkan bayi dan barangan berharga.

“Apabila isteri saya enggan, kumpulan lelaki itu marah. Mereka merampas beg tangan berisi RM800 dan mengambil bayi yang didukung isteri sebelum memecut ke Matang Pagar, Sungai Buloh,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

BERITA PENUH DALAM AKHBAR METRO

Facebook Comments
Close