Pasangan Bakal Berkahwin Hujung Bulan Ini Terlibat Kemalangan Maut

Seorang anggota Ikatan Relawan rakyat Malaysia (Rela) yang dijadual melangsungkan perkahwinan hujung bulan ini, maut manakala tunangnya cedera apabila motosikal yang mereka naiki terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di simpang Jalan Lembah Permai, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu, Sheikh Mohd Adam Mohd Ishak, 20, dari Tanjung Bungah, di sini, dikatakan baru selesai menikmati makan tengah hari bersama tunangnya, Nor Fazliana Mohd Ramli, 22, juga anggota Rela.

Bakal pengantin maut nahas

Ketika kejadian, pasangan berkenaan dikatakan menunggang motosikal dari arah Tanjung Bungah menghala Mount Eskrine dalam perjalanan untuk bertugas mengawal lalu lintas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Bungah.

Sheikh Mohd Adam dikatakan gagal mengelak apabila sebuah Perodua Myvi dipandu seorang wanita secara tiba-tiba memasuki persimpangan itu.

Bapa Nor Fazliana, Mohd Ramli Nor, 45, berkata dia menerima berita kemalangan itu daripada seorang rakannya lalu bergegas ke tempat kejadian.

BERITA PENUH DALAM AKHBAR METRO

Facebook Comments
Close