Padah Rogol Anak Sendiri | Pemungut Barang Lusuh Dipenjara 100 Tahun

Perbuatan keji pemungut barangan lusuh menodai anak kandungnya mendapat pembalasan setimpal apabila dijatuhkan hukuman penjara keseluruhan berjumlah 100 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Tertuduh yang berusia 38 tahun mengaku bersalah kelmarin terhadap lima tuduhan melakukan sumbang mahram di depan Hakim Zaharah Hussain sebelum Zaharah menjatuhkan hukuman itu, semalam.

penjara 100 tahun

Zaharah berkata, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun bagi tuduhan pertama hingga keempat dengan lima sebatan serta penjara 20 tahun dan empat sebatan bagi tuduhan kelima mulai tarikh ditangkap terhadap tertuduh selepas lelaki itu disabitkan kesalahan dengan kelima-lima tuduhan dikenakan terhadapnya.

Menurutnya, tertuduh bernasib baik kerana ditangkap lebih awal dan dapat mengelak daripada terus melakukan perbuatan itu terhadap anak sendiri sambil berharap tertuduh insaf apabila berada di penjara nanti.

Bagaimanapun, Zaharah memerintahkan keseluruhan hukuman penjara itu berjalan serentak, bermakna tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara maksimum selama 20 tahun.

LAGI BERITA PENUH DALAM AKHBAR METRO

Facebook Comments
Close