Padah Mengintai | Lelaki Dibelasah Hingga Mati

Seorang lelaki warga emas terpaksa membayar dengan nyawanya apabila dia dibelasah orang ramai ketika mengintai seorang wanita dalam tandas di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, menyebabkan dia di masukkan ke wad neurologi Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum meninggal dunia, malam kelmarin.

Mangsa yang berusia 59 tahun meninggal dunia kira-kira jam 9 malam selepas dimasukkan ke hospital sejak seminggu lalu kerana mengalami pendarahan dalam otak.

dibelasah hingga mati

Gambar hiasan

Dalam kejadian Sabtu lalu, seorang peniaga wanita masuk ke tandas untuk membuang air kecil sebelum menyedari dia diintai seorang lelaki melalui celahan pintu yang renggang.

Wanita terbabit kemudian menjerit meminta tolong dan seorang saudaranya masuk dan terserempak seorang lelaki yang berada di tandas bersebelahan.

Suspek yang berusia 59 tahun dan juga seorang pengemis dipukul beramai-ramai oleh orang awam yang berang sebelum diserahkan kepada polis.

Bagaimanapun, lelaki terbabit terpaksa dikejarkan ke hospital berikutan mengalami kecederaan teruk dikepala.

Menurut sumber, selepasa seminggu mendapat rawatan, mangsa meninggal dunia kerana pendarahan dalam otak.

“polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian dan mengesan beberapa orang saksi serta orang awam bagi membantu siasatan.

” Kita kemungkinan menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

– Hmetro.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close