Maharaja Lawak Mega 2012 | Bersiaran Mulai 16 November 2012

Atas sambutan menggalakkan, Maharaja Lawak Mega kembali lagi dengan penyertaan yang lebih meriah tahun ini.

Bukan saja beberapa nama terkenal seperti Boboi dan Jozan akan menghangatkan program ini, malah terdapat juga nama lama dengan kumpulan baru seperti Sabon (Abon dan Sathia) dan Dadidu (Bobo, AR Badul dan Arif Sudin).

Wang tunai yang ditawarkan sebagai hadiah kemenangan juga bukan sedikit iaitu RM500,000 untuk juara.

Meskipun ibarat program ulangan, sekurang-kurangnya usaha Astro ini dapat memberi peluang kepada pelawak-pelawak di luar sana.

Kepada pelawak yang bakal bertanding, diharapkan mereka tidak sekadar mengejar kemenangan. Sebaliknya, tampillah dengan lawak menghiburkan tetapi berkualiti.

Facebook Comments
Close