Live Streaming Singapore Lions XII vs ATM 5 Oktober 2012 | Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia

MALAM ini, dua pasukan turun beraksi bagi memulakan saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia.

Pasukan berstatus kelab, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berdepan dengan skuad Kota Singa di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Sudah pasti ia akan menjanjikan persaingan sengit apabila kedua-dua pasukan mempunyai misi tersendiri dalam saingan Piala Malaysia.

lions xii vs atm 5 oktober 2012

Sama ada ATM atau Lions XII, kedua-dua pasukan sama hebat. Meskipun kedudukan Lions XII jauh lebih baik di Liga Super, namun ia tidak memberi kelebihan maksimum kepada skuad kendalian V Sundramoorthy menjelang pertemuan separuh akhir pertama, malam ini.

Malah ia perlu diingat, walaupun kedudukan ATM tidak sebaik Lions XII, namun berdasarkan prestasi semasa anak buah B. Sathianathan dalam saingan Piala Malaysia, ia seharusnya digeruni oleh pasukan lain.

Dan, itu tidak bermakna pasukan lain boleh ambil mudah dengan pasukan berstatus ‘underdog’ kerana dalam dunia bola sepak apa sahaja boleh berlaku.

Apa yang jelas, kedua-dua pasukan perlu memberi persembahan terbaik untuk memenangi perlawanan pertama ini.

Jangan lupa untuk saksikan perlawanan ini secara langsung di TV1 satu dan juga Astro Arena 801 bermula 8:30 malam.

Untuk menonton secara live streaming, sila klik mana-mana link di bawah-

LINK 1

LINK 2

LINK 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *