Live Streaming Selangor vs Kelantan | Separuh Akhir Piala Malaysia 12 Oktober 2012

MALAM ini dua gergasi elit bola sepak tempatan Selangor dan Kelantan bakal membuat perhitungan terakhir di Stadium Shah Alam bagi mengetahui pasukan mana akan menentang ATM pada aksi final Piala Malaysia 2012 di stadium sama, 20 Oktober ini.

Red Giants yang tumbang 0-1 hasil jaringan Mohd Norfarhan Muhammad minit ke-62 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, baru-baru ini pastinya mengharapkan penyudah lebih tajam jentera serangan menerusi gandingan Mohd Amri Yahyah dan Bosko Balaban untuk selangkah merealisasi Misi 33.

selangor vs kelantan 12 oktober 2012

Pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim yakin kemampuan anak buahnya untuk bangkit memadam defisit ketinggalan satu gol sebelum ini berdasarkan prestasi dipamerkan semasa berkunjung di gelanggang lawan berkenaan biarpun bakal beraksi tanpa pertahanan kental, Nasriq Baharom yang dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain Kelantan.

Keyakinan bekas pengendali Terengganu, Perlis, Persipura Jayapura, Telekom Melaka, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan itu, adalah berdasarkan kemampuan dan keupayaan kebanyakan pemain Red Giants boleh beraksi pada semua posisi pertahanan, tengah dan serangan memberi kelebihan kepada pasukan berpusat di Shah Alam berkenaan.

Sementara status Kelantan sebagai pasukan pakej lengkap dengan reputasi juara Piala FA, juara Liga Super serta mara ke peringkat suku akhir Piala AFC sudah cukup menggerunkan setiap lawan mereka musim ini, namun The Red Warriors perlu melepasi cabaran sepanjang 90 minit berbekalkan satu gol untuk selangkah ke final seterusnya mencipta treble musim ini.

Jangan lupa untuk saksikan perlawanan diantara Selangor vs Kelantan ini secara langsung di TV1 dan juga Astro Arena bermula 8:30 malam.

Bagi yang ingin menonton di internet secara live streaming, sila klik mana-mana link yang diberikan di bawah –

LINK 1

LINK 2

Untuk mengikuti update di blog ini, Sila refresh page ini beberapa minit berselang untuk melihat keputusan terkini.

Tamat Perlawanan

Selangor (0) 0 – 2 (1) Kelantan

Dalam kurungan- keputusan perlawanan lalu

Facebook Comments
Close