Kes DJ Diculik | 5 Lelaki Dipercayai Terlibat Ditahan

Polis menahan lima lelaki dipercayai terlibat dalam penculikkan penyampai radio (Dj) Best 104 , Julie Diana Omar Shariff atau lebih dikenali sebagai JD, yang dilarikan lebih 10 lelaki, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dr Hashim Haron berkata, kesemua suspek berumur 15 hingga 21 tahun itu ditahan sekitar negeri ini, kira-kira jam 2 pagi, semalam, bagi membantu siasatan.

Penahanan lima lelaki itu menjadikan tujuh lelaki yang dicekup polis iaitu membabitkan teman rapat DJ berusia 34 itu yang berusia 40an kira-kira jam 4 petang Ahad lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Lima lelaki itu dipercayai adalah individu yang diupah membabitkan kes percintaan tidak berbalas.

Sementara itu JD yang popular dengan segmen Melodi Senja dan Variasi memberitahu Sinar Harian di masih trauma selepas kejadian yang hampir meragut nyawanya itu.

“Saya diberikan cuti selama sebulan oleh doktor kerana trauma akibat kejadian itu..mungkin dua atau tiga minggu lagi, saya akan mampu kembali bekerja namun buat masa ini saya akan berehat untuk menenangkan fikiran,” katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada keluarga, kenalan rakan termasuk pihak pengurusan dan rakan sekerjanya di Best 104 begitu mengambil berat mengenai keadaan dirinya malah tidak jemu-jemu memberi sokongan moral supaya JD pulih seperti biasa.

“Jika saya kembali bertugas pada masa terdekat, saya lebih selesa untuk bekerja di belakang tabir buat sementara waktu kerana masih belum bersedia untuk keudara, namun saya akan kembali ke konti semula,” katanya.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close