Kemalangan Di Bentong | Seorang Polis Maut Dua lagi Cedera

Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal maut dalam kemalangan di Jalan Lebu-Mempaga berhampiran Kampung Lebu kira-kira jam 9.45 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, mangsa, Wan Abdul Aziz Wan Nik,51, bersama dua lagi anggota menaiki kereta jenis Wira dalam perjalanan ke Penjara Bentong.

polis kemalangan

Abdul Aziz berkata, setibanya di tempat kejadian kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan kemudian masuk ke bawah tebing jalan.

“Ketiga-tiga anggota itu kemudiannya di bawa ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan lanjut.

“Namun begitu, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.15 tengahari akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Aziz berkata, manakala dua lagi anggota termasuk seorang angngota wanita masih menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.

Menurutnya, jenazah mangsa kemudian dibawa ke bilik mayat Hospital Bentong sebelum dituntut ahli keluarga untuk urusan pengebumian di Paka, Terengganu.

Facebook Comments
Close