Gambar Buaya Gergasi Di Sungai Kinabatangan

Lebih 10 tenaga lelaki dewasa termasuk sepasukan kakitangan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah diperlukan, sebelum berjaya menumpaskan seekor buaya gergasi sepanjang 5.2 meter yang ditemui di Sungai Kinabatangan, di sini, Ahad lalu.

Namun, buaya jantan yang digelar ‘Si Ganas’ itu ditangkap bukan kerana membaham atau mengganggu manusia, sebaliknya bagi membolehkan sepasukan penyelidik memasang penanda bertujuan memantau pergerakan sang bedal terbabit.

buaya besar

Dalam pemburuan itu, JHL bersama Tasik Girang Field Centre (DGFC) memasang jerat, sebelum umpan yang diberikan disambar reptilia berkenaan.

Sebaik ditangkap dan dibawa ke darat, buaya itu dipasang penanda yang membolehkan ia dijejaki menerusi satelit bagi tujuan penyelidikan.

Projek berkenaan dijalankan menerusi pembiayaan Zoo Chester dan DGFC.

Pengarah JHL Sabah, Dr Laurentius Ambu, berkata reptilia itu adalah buaya jantan ketiga ditandakan penanda satelit di Kinabatangan menerusi projek yang dijalankan Unit Menyelamat Hidupan Liar jabatan itu dan DGFC.

“Bagaimanapun, dua buaya yang ditandakan pada Jun 2011 dan Januari lalu tidak dapat dikesan selepas dua bulan ditanda.

“Kami berharap penanda pada Si Ganas dapat bertahan lama bagi membolehkan pergerakannya direkodkan,” katanya, di sini, semalam.

Laurentius berkata, lebih 10 lelaki diperlukan bagi ‘menawan’ Si Ganas sebaik memasuki perangkap dipasang sebelum diukur, dipasangkan penanda dan dilepaskan semula ke habitat asalnya.

Sementara itu, Pengarah DGFC yang juga Ketua Program Buaya Kinabatangan, Dr Benoit Goossens, berkata hasil pemantauan dalam tempoh tiga hari selepas ditanda dan dilepaskan, buaya berkenaan sudah bergerak sejauh kira-kira lima kilometer.

“Keadaan itu seolah-olah menunjukkan ia bukan haiwan pemastautin,” katanya.

Goosens berkata, pasukannyajuga menjalankan kaji selidik menerusi pemetaan lokasi bersarang yang menunjukkan penurunan habitat dan campur tangan manusia mempengaruhi tingkah laku buaya di lokasi berkenaan.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • buaya terbesar di sabah (120)
  • buaya sungai kinabatangan (19)
  • sungai kinabatangan (17)
Close