DJ Radio Terkenal Mangsa Culik 10 Lelaki

Seorang penyampai radio terkenal nyaris menjadi mangsa bunuh setelah diculik lebih 10 lelaki ketika pulang dari kerja, kira-kira jam 12 malam kelmarin berhampiran rumah ibunya di Kampung Sungai Danga di sini.

Mangsa bekerja dengan sebuah stesen radio swasta selatan Semenanjung.

Dalam kejadian itu, dia yang berhadapan detik cemas termasuk leher diacu pisau dan muka ditutup, dipandu ke sebuah jirat Cina oleh kenderaan penculik sebelum dibawa ke kawasan hutan.

Menurutnya, barang kemas, wang tunai juga kad ATMnya diambil dan kerugian dianggarkan lebih RM20,000.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close