Dipenjara Kerana Tamatkan Peperiksaan Awal

BEIJING: Mahkamah mengarahkan seorang lelaki dipenjara setahun kerana membunyikan loceng terlalu awal bagi menamatkan peperiksaan sebuah sekolah menengah, lapor media semalam.

Xiao Yulong didakwa melakukan kesalahan itu pada 8 Jun lalu di sebuah sekolah kerajaan di Hunan.

Penjaga masa dipenjara kerana tamatkan peperiksaan lebih awal

Akibat tindakan Xiao itu, pelajar menyerahkan kertas jawapan masing-masing hampir lima minit lebih awal. Xinhua melaporkan, Xiao 54, mengaku tersilap menekan loceng memaksa 1,050 pelajar menghabiskan peperiksaan mereka empat minit 48 saat lebih awal daripada sepatutnya. Insiden itu menyebabkan ribuan ibu bapa penuntut mendesak sekolah dan biro pendidikan tempatan menjalankan siasatan. Mahkamah mendapati, Xiao bersalah kerana cuai.

Bagaimanapun, Xiao bernasib baik kerana pelaksanaan hukuman penjara itu ditangguhkan bermakna dia mungkin hanya ditahan untuk tempoh yang sangat singkat atau tidak dipenjara sama sekali. – Reuters

Facebook Comments
Close