Budak Lelaki Usia 2 Tahun Maut Dihempap Televisyen

Seorang budak lelaki berumur dua tahun mati dihempap televisyen di rumahnya di Jalan Saujana 1, Taman Ampang Saujana di Ampang dekat sini hari ini.

Kejadian kira-kira 1.50 petang itu berlaku ketika Halif Hariz Khairil Anuar menarik sebuah laci rak televisyen dalam bilik tidur, yang menyebabkan televisyen 29 inci condong ke depan dan menghempap mangsa.

maut dihempap tv

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintenden Md Nazri Zawawi berkata semasa kejadian, ibu mangsa, Nor Azlin Mohd Ali, 31, yang berada di bilik itu terdengar bunyi benda jatuh.

“Apabila menoleh ke arah anaknya, beliau mendapati anaknya dihempap televisyen,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata Halif Hariz mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Ampang.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

– Bernama

Facebook Comments

Comments are closed.

Close