Bayi Usia 30 Hari Maut Dihempap Abang

Seorang bayi lelaki berusia 30 hari yang belum sempat didaftarkan nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), meninggal dunia selepas dipercayai dihempap abangnya ketika mangsa tidur di rumah keluarganya, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa yang mengalami lebam di pipi, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan di Jalan Putra, di sini.

bayi 30 hari maut dihempap abang

gambar hiasan

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, untuk urusan lanjut.

Difahamkan, abang bayi berkenaan yang berumur lima tahun, dikatakan nyenyak tidur di atas katil sebelum terjatuh lalu menghempap badan adiknya yang tidur di tepi katil.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, keluarga mangsa sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, kira-kira jam 11 pagi semalam.

BERITA PENUH DALAM AKHBAR METRO

Facebook Comments
Close