Apple Bakal Lancarkan iPad Mini Pada 23 Oktober Ini

LOS ANGELES – Apple telah menghantar jemputan majlis pelancaran iPad mini, yang lebih kecil berbanding komputer tablet, 23 Oktober ini.

Firma itu menghantar jemputan dengan menggunakan kad digital yang berbunyi, “kami akan menunjukkan sesuatu yang lebih menarik kepada anda.”

ipad mini

Majlis pelancaran akan berlangsung di California Theatre, San Jose, California.

Khabar angin ada mengatakan model keluaran terbaru ini akan menampilkan size tablet berukuran 18 hingga 20 sentimeter.

Amazon Kindle Fire dan Google Asus terbukti antara yang popular di kalangan pengguna yang mahu tablet mereka boleh dipegang menggunakan tangan.

Tetapi menurut kajian iSuppli iHS, setakat ini Apple masih mendominasi pasaran.

Menurut kajian Ogos lalu, Apple menghantar 17 juta tablet antara April dan Jun lalu dengan menguasai hampir 70 peratus pasaran.

Pengasas Apple, Steve Jobs sebelum ini ada mencetuskan idea bagi mengeluarkan iPad versi lebih kecil.

“Apa yang menjadi ia unik, pengguna hanya perlu meletakkan jari secara dekat di skrin tanpa perlu menyentuh atau memicit skrin,’ kata beliau kepada penganalisis pada Oktober 2010.

Jobs meninggal dunia tahun lalu.

Bulan lalu, Apple melancarkan iPhone 5.

Facebook Comments
Close