Amaran Fenomena Air Pasang Surut Di Klang & Pelabuhan Klang

Penduduk sekitar Klang dan Pelabuhan Klang dekat sini, diingatkan supaya berjaga-jaga dengan kedatangan fenomena ‘Astronomical Tide’ atau air pasang surut dijangka berlaku mulai hari ini hingga Khamis ini.

Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Prof Datuk Dr Abdul Kadir Taib berkata, fenomena berkenaan yang membawa hujan lebat luar biasa boleh mengakibatkan banjir kilat.

air pasang surut

Gambar hiasan

“Penduduk yang tinggal di kawasan rendah dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga kerana fenomena berkenaan boleh mengakibatkan banjir kilat,” katanya di sini, semalam.

Abdul Kadir berkata, kejadian air pasang surut besar berlaku beberapa hari ketika bulan baru iaitu ketika bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garisan.

“Ketika bulan baru terjadi, paras air laut berada pada tahap ketinggian yang maksimum. Mengikut kajian, jika bulan baru berlaku dalam musim hujan lebat, maka air hujan tidak dapat mengalir sepenuhnya ke laut dan melimpah ke kawasan rendah mengakibatkan banjir kilat.

“Dalam tempoh 24 jam, paras air laut yang naik dan turun boleh berlaku hingga dua kali dan ia juga terjadi hampir setiap hari,” katanya.

Abdul Kadir berkata, tarikan pada graviti matahari dan bulan terhadap bumi menyebabkan wujudnya tarikan graviti yang boleh memberi kesan terhadap bendalir di permukaan bumi.

Beliau berkata, apabila bumi berputar, tarikan graviti bulan memberi kesan kepada bahagian lain di bumi dan disebabkan itu, kawasan baru akan mengalami air pasang, manakala kawasan sebelumnya mengalami air surut.

“Kejadian pasang dan surut lebih ketara apabila bulan berada pada fasa ijtimak atau ketika bulan baru kerana ketika itu bulan serta matahari berada pada kedudukan sejajar dengan bumi.

“Jadi, dalam kata lain, air pasang surut ini boleh berlaku di mana-mana kawasan rendah yang sedang mengalami peristiwa bulan baru dan musim hujan lebat dalam waktu yang sama,” katanya.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • jadual air pasang surut port klang 2013 (49)
  • jadual air pasang surut port klang (34)
  • air pasang surut port klang (31)
  • jadual pasang surut air laut 2013 (25)
  • pasang surut air laut 2013 (24)
  • pasang surut port klang (20)
  • jadual pasang surut port klang 2013 (19)
  • jadual air pasang surut 2013 (15)
  • ramalan air pasang surut port klang (15)
  • jadual air port klang 2013 (15)

Comments are closed.

Close