Shila Amzah Juara Pertandingan Asian Wave 2012 Di Shanghai

PENYANYI Shila Amzah mengharumkan nama negara dengan menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China, semalam.

Pertandingan akhir itu disertai finalis dari China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.

Shila Amzah juara Asian Wave 2012

Kemenangan Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 22, disahkan sendiri oleh adiknya, Syahir Amzah melalui laman Twitternya, dengan menyatakan perasaan syukur. “Alhamdullillah. @shilaamzah adalah juara Asian Wave 2012. Terima kasih semua kepada semua yang mengundi,” katanya.

Shila yang merupakan anak kepada penyanyi ND Lala telah berjaya memukau juri dan penonton di Shanghai dengan kekuatan vokalnya yang tersendiri menerusi lagu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin.

Pertandingan Asian Wave terdiri daripada 30 peserta yang bertanding di peringkat awal yang berlangsung dari 31 Ogos hingga 6 September lalu dan pada peringkat ini Shila telah mempersembahkan lagu popular Adele, ‘Set Fire to the Rain’ dan sebuah lagu Mandarin berjudul ‘Forever Love’.

Selepas itu, hanya seramai 12 penyanyi terpilih ke peringkat akhir yang telah disiarkan secara langsung semalam.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close