Rogol Saudara sendiri | Lelaki Dipancung Kepala

RIYADH: Seorang lelaki warga Saudi yang dituduh merogol seorang wanita anggota keluarganya, dipancung di bandar raya ini, semalam.

Dalam kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita Saudi, Kementerian Dalam Negeri berkata, Faleh Ali Otaibi didapati bersalah atas tuduhan merogol dan meliwat.

Lelaki rogol, saudara sendiri dipancung

Dia melakukan kesalahan itu ketika mabuk.

Identiti mangsa tidak didedahkan.

Faleh ialah orang ke-53 dihukum pancung di Arab Saudi tahun ini.

Menurut rekod Kumpulan Hak Asasi Manusia, Amnesty International, seramai 79 orang menjalani hukuman itu tahun lalu.

Selain membunuh, hukuman pancung di Arab Saudi dikenakan ke atas pesalah kes merogol, murtad dan merompak menggunakan senjata. – GN

Facebook Comments
Close