Penyamun Parah Dibelasah Orang Ramai

Tindakan seorang lelaki menyamun seorang wanita di sebuah apartmen di Chow Kit, di sini, memakan diri apabila dia bukan saja dicekup orang ramai, malah dilaporkan kritikal selepas dibelasah puluhan lelaki, semalam.

Lelaki berusia 30 tahun itu mengalami pendarahan teruk di muka dan kepala selain patah kaki kanan dalam kejadian di Apartmen Hock Ann, pada jam 12 tengah hari.

Penyamun parah kena belasah

Gambar Hiasan

Kejadian berlaku selepas lelaki itu menyamun seorang wanita berusia 33 tahun dalam lif apartmen berkenaan.

Difahamkan, suspek meminta wang daripada mangsa, tetapi wanita itu melawan menyebabkan dia dicekik sebelum beberapa barang berharga seperti rantai, cincin dan telefon bimbit mangsa, diragut.

Saksi kejadian, Kamal Ngah, 57, berkata, dia terdengar jeritan meminta orang ramai menahan lelaki berkenaan yang ketika itu sedang berlari kerana didakwa peragut.

“Suasana bertukar kecoh dan semua orang yang berada di warung membantu menahan lelaki itu,” katanya.

Facebook Comments
Close