Penunggang Motosikal Maut | Motor Rempuh Forklift

Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar sebuah ‘forklift’ (jentera angkat susun) dalam kemalangan di Jalan Merbau 2, Bandar Putra, dekat Kulaijaya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Zulkefly Yahya berkata kejadian berlaku pukul 11.30 malam dan menyebabkan Mohd Ridzuan Abdullah, 21, yang beralamat di Kampung Separa, Kulaijaya meninggal dunia di tempat kejadian.

Penunggang motosikal maut selepas langgar forklift

“Motosikal yang ditunggang Mohd Ridzuan telah melanggar bahagian hadapan besi sisi kiri forklift terbabit semasa kenderaan itu sedang menurunkan barang dari sebuah lori,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zulkefly berkata pemandu jentera dan lori terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.- Bernama

Facebook Comments
Close