Pelatih Perempuan Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPG-KTI) Parah Jatuh Tingkat Tiga

Seorang pelatih perempuan Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPG-KTI) di sini, yang dikatakan tertekan akibat masalah peribadi ditemui parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asramanya, dalam kejadian malam Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, penuntut berusia 18 tahun dan baru mendaftar di institut pengajian berkenaan Jun lalu cedera parah di tulang belakangnya dan ditemui terbaring oleh pengawal keselamatan di situ.

Pelatih guru jatuh tingkat 3

Pengawal keselamatan dan pengurusan IPG-KTI kemudiannya menghubungi ambulans dan polis sebelum mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk diberikan rawatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh ketika dihubungi berkata, kejadian disedari pengawal keselamatan sebelum menghubungi pihaknya.

“Berdasarkan laporan awal, mangsa dikatakan terjatuh dari tingkat tiga asramanya menyebabkan dia mengalami kecederaan serius pada tulang belakang.

“Selain itu, keterangan seorang saksi pula mendakwa, mangsa dilihat berlegar-legar di tingkat berkenaan sebelum ditemui dalam keadaan terbaring di bahagian bawah bangunan terbabit,” katanya, semalam.

Menurutnya, sejurus ditemui, mangsa dibawa ke HSA dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • ipgkti (12)
Close