Pelajar Tingkatan Empat Vokasional Besut Maut Kemalangan

Seorang pelajar Tingkatan Empat, Sekolah Menengah Vokasional Besut meninggal dunia apabila motosikal yang di boncengnya merempuh belakang sebuah kereta dalam kemalangan di Kampung Jawek dekat sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang, mangsa Muhammad Yusri Asyraf Ali, 16, dari Alor Lintang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Pelajar tingkatan empat maut

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, penunggang motosikal itu yang juga rakan sebaya mangsa mengalami kecederaan parah.

Menurutnya, sebelum kejadian sebuah kereta Kancil yang dipandu seorang wanita datang dari arah Jertih kemudian ingin memasuki lorong sebelah kanan jalan.

“Pada masa sama motosikal yang dinaiki mangsa datang dari arah belakang telah melanggar bahagian belakang sebelah kiri kereta menyebabkan kedua-dua mangsa menghentam kereta tersebut dan terpelanting di atas jalan,” katanya.

Kamaruddin berkata, akibat kemalangan itu mangsa meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala rakannya Mohd Ikhwan Kaswadi yang belajar di sekolah sama mengalami patah kaki kanan.

Mangsa dibawa ke Bilik Mayat Hospital Besut manakala rakannya dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Menurutnya, bagaimanapun wanita yang memandu kereta tersebut tidak mengalami kecederaan.

Mereka difahamkan dari Jertih dan ingin pulang ke rumah mangsa yang terletak di Rumah Awam (Tangki Air) Alor Lintang dekat Kampung Raja.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • kolej vokasional besut (20)

Comments are closed.

Close