Pelajar Calon PMR Maut Kemalangan Motosikal

Seorang pelajar yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas di Persiaran Hulu Langat di Seksyen 27, di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Muhamad Aliff Naim Zamary, 15, yang menunggang bersendirian maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Tak sempat duduki PMR

Gambar Hiasan

Jurucakap polis berkata, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah 2, di sini, itu dipercayai menunggang motosikal jenis Honda C100 dengan laju.

“Setibanya di selekoh, dia hilang kawalan sebelum terbabas,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • murid smk alam megah 2 tak sempat amek pmr (11)

Comments are closed.

Close