Negara Israel Akan Lenyap Jika Serang Iran

TEHRAN: Serangan Israel terhadap Iran sudah pasti berlaku tetapi Republik Islam itu sudah bersedia dan negara Yahudi itu akan musnah.

“Perang akan berlaku tetapi tidak pasti di mana dan bila,” kata Ketua Pengawal Revolusi, Jeneral Mohammad Ali dalam wawancara “Mereka berpendapat hanya perang saja boleh menghalang kita. Tetapi, mereka begitu bodoh hingga Amerika Syarikat terpaksa menyekat mereka.

Iran yakin Israel lancar peperangan

“Jika mereka memulakan serangan, ia sudah pasti menjadi permulaan kepada kemusnahan mereka. Ia akan berakhir dengan Israel lenyap dari muka bumi ini,” katanya.

Ini kali pertama Iran mengaku kemungkinan sengketa bersenjata dengan Israel akan meletus. Republik Islam itu sebelum ini menganggap senario seumpama itu sebagai karut.

Israel, satu-satunya negara Asia Barat yang dipercayai memiliki senjata nuklear, berulang kali mengancam untuk melancarkan serangan udara terhadap loji nuklear Iran yang didakwanya bertujuan menghasilkan senjata atom.

Iran menegaskan, program nuklearnya hanya bertujuan untuk keamanan. – AFP

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • negara berbentuk jantung (50)
  • israel akan serang malaysia (17)
  • israel serang malaysia (11)

Comments are closed.

Close