Malang Si Penyamun | Maut Jatuh Dari Tingkat 14

Malang bagi seorang penjenayah apabila dia menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat 14 sebuah kondominium ketika cuba melarikan diri selepas penghuni rumah yang dicerobohinya menyedari tindakannya dalam kejadian di Taman Cempaka, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, lelaki berusia 35 tahun terbabit dipercayai terlebih dulu memperdayakan pengawal keselamatan di kondominium berkenaan selepas kehadirannya tidak disedari mereka dan naik ke tingkat 14 serta memecah masuk sebuah rumah di situ.

Penyamun maut jatuh kondo

Menurut sumber, dia menggeledah rumah terbabit sebelum menemui dompet mengandungi wang tunai dan dokumen pengenalan diri.

“Lelaki itu yang masih tidak berpuas hati dengan hasil rompakan terus menggeledah barangan dalam rumah itu.

“Malah, ketika leka mencari barangan berharga, perompak terbabit terkejut apabila tiba-tiba pintu rumah dibuka sebelum pemiliknya masuk menyebabkan dia yang panik melarikan diri ke dapur,” katanya.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close