Lima Pencuri Usia 12 Tahun Kantoi Curi Motosikal

Hasrat lima pencuri cilik bersiar menggunakan motosikal curi tidak kesampaian apabila mereka berjaya diberkas selepas motosikal ditungganginya kehabisan minyak.

Dalam insiden jam 6.30 petang kelmarin itu, kelima-lima pencuri berusia 12 tahun itu bertindak melarikan motosikal terbabit dari sebuah kafe siber di Damansara Damai dekat sini.

5 pencuri cilik kantoi

Ketua Biro Keselamatan Apartmen Idaman, Azmi Ardi berkata, kelima-limanya ditahan ketika mereka sedang cuba menghidupkan enjin motosikal jenis Kriss di bahu jalan.

“Motosikal yang dilarikan itu adalah milik seorang daripada anggota biro keselamatan Apartmen Idaman.

“Sebaik mendapat maklumat mengenai kehilangan itu, kami menyebarkan berita berkenaan kepada penduduk di kawasan lain dan ia berjaya ditemui setengah jam kemudiannya,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat, kelima-lima murid darjah enam itu mengaku ada mencuri sebuah lagi motosikal pada hari sama yang disembunyikan di dalam semak.

“Memandangkan ke semua mereka bawah umur, pihak biro telah memaklum dan memanggil ibu bapa untuk mengambil anak-anak masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, ke semua pemilik telah dihubungi untuk menuntut motosikal untuk masing-masing.

Facebook Comments
Close