Khyril Muhymeen Terima Tawaran Ke Eropah?

Biarpun Kedah terpaksa beraksi pada saingan Liga Premier musim depan, namun kelibat pemain Hijau Kuning tetap berada dalam radar pemerhati bola sepak dan terbaru ejen Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) telah menghubungi penyerang sensasi, Khyril Muhymeen untuk membawanya mencuba nasib di Eropah.

Ejen yang turut bertanggungjawab membawa Nazmi Faiz Mansor dan Asraruddin Putra Omar mencuba bakat mereka di luar kini memberi tumpuannya ke atas kemampuan Khyril yang beraksi cemerlang sepanjang musim ini bersama Kedah.

Khyril ditawar cuba nasib di Eropah

Muncul antara salah seorang penjaring terbanyak pemain tempatan Liga Super dengan 10 gol musim ini, jelas bakat dan kemampuan anak kelahiran Alor Setar ini tidak boleh dinafikan.

Laman sosial kelab penyokong pemain tersebut, Khyril Muhymeen Fans Club yang turut memuatkan maklumat berkenaan pagi semalam jelas mendapat reaksi spontan daripada penyokong setia Kedah yang majoritinya mahu Khyril menyambut baik tawaran berkenaan.

Laman berkenaan ketika dipetik berkata, ia merupakan satu penghormatan buat Khyril yang berjaya mempamerkan mutu permainan komited setakat ini.

“ Seorang ejen Fifa dari Singapura menghubungi KM18 (Khyril Muhymeen) sendiri bagi menyatakan hasrat beliau bagi membawa KM18 mencuba nasib di Eropah…Ejen ini turut bertanggungjawab membawa Nazmi Faiz dan Asraruddin Putra mencuba bakat mereka di luar…Sesudah dintai dua pasukan Indonesia, kini peluang untuk mengembangkan bakat KM18 di Eropah terbuka…Berusia 25 tahun…dan sedang mencapai kemuncak prestasi…Surat Rasmi juga sudah di nyatakan pada Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM),”.

Sementara itu, sumber terdekat Khyril ketika dihubungi mengesahkan khabar berkenaan bahawa pemain berkenaan telah dihubungi oleh seorang ejen Fifa dari Singapura.

“Ini merupakan satu penghormatan besar buat Khyril, namun kini dia dalam dilema berikutan terpaksa memberi tumpuan kepada keadaan kesihatan ibunya yang diserang kanser payudara.

Kesihatan ibunya semakin merosot dan kini terpaksa berulang-alik ke hospital,” kata sumber berkenaan.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close