Khabar Angin Tentang Kematian Malique Di Twitter & BBM

Malique Too Phat Meninggal Dunia? Berita ini begitu hangat disebarkan di Twitter & Blackberry Messenger (BBM) sejak tadi.

Beberapa blog hiburan seperti rotikaya.com juga ada menulis dan bertanyakan tentang kesahihan berita yang tersebar ini.

Namun segala-galanya terjawab sebentar tadi apabila wakil dari Warner Music Malaysia, Zuan Azmi mengesahkan yang berita ini hanyalah rumors atau khabar angin.

Malique Too Phat Meninggal Dunia?

Di bawah adalah penulisan dan gambar asal yang diambil dari blog rotikaya.com

Sekarang ini di Twitter & Blackberry Messenger (BBM) sedang kecoh dengan khabar angin pemergian Malique Too Phat.

Tiada pihak yang berjaya mengesahkan khabar angin tersebut ketika ini dan ada kebarangkalian ini hanya rekaan peminat yang ingin Malique Too Phat untuk muncul.

Sebelum ini timbul khabar angin mengatakan penulis dan juga penyanyi Teman Pengganti ini menghidap kanser otak yang serius dan tiada sebarang respons daripada pihak beliau.

zuan zami nafi malique meninggal

UPDATE-1: Zuan Azmi daripada program Melodi mengesahkan yang berita kematian Malique Too Phat adalah palsu.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close