Kepala Terkena Kipas Bot | Lelaki Warga Emas Maut

Aktiviti menyelam seorang lelaki warga emas bersama enam sahabat untuk menikmati keindahan dasar laut berakhir tragedi selepas lelaki itu terbunuh apabila kepalanya terkena kipas bot di kawasan karang luas dekat Jeti Nenasi, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa, Lim Yu Leng, 60, berasal dari Petaling Jaya, Selangor yang juga akauntan di sebuah syarikat di Selangor maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Penyelam maut kepala terkena kipas bot

Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama enam penyelam dikatakan menaiki bot untuk menyelam di kawasan berkenan, pada jam 7.15 pagi.

Bagaimanapun, katanya, selepas hampir tiga jam menyelam, seorang daripada rakan mangsa berusia 67 tahun yang dikatakan berada di jeti menghidupkan enjin bot kerana mahu mengambil semua penyelam termasuk mangsa.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, sebaik saja enjin bot dihidupkan rakan mangsa kemudian menyedari sesuatu tidak kena apabila mendapati enjin bot bergegar sebelum melihat darah timbul di permukaan air.

“Terkejut dengan kejadian itu, beberapa rakan mangsa bergegas menyelam menghampiri mangsa sebelum mengangkatnya. “Siasatan turut mendapati, mangsa yang dikatakan mengalami kehilangan banyak darah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Pekan (HP) untuk bedah siasat dijalankan,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, polis sudah mengambil keterangan rakan mangsa bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan sebelum ahli keluarga warga emas terbabit tiba di HP untuk membuat pengecaman mayat dan mengesahkan kejadian terbabit tidak mempunyai unsur jenayah.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close