Kanak-kanak Perempuan Parah | Kepala Tersepit Eskalator & Dinding

BANGKOK: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun cedera parah apabila kepalanya tersepit di antara eskalator bergerak dengan dinding di pusat beli-belah di Pathum Thani, semalam.

Pengawai polis penyiasat Pratunam Chulalongkorn, Leftenan Kolonel Chamnong Kongtapan, berkata, kejadian itu berlaku pada jam 1.20 petang di eskalator bergerak di antara tingkat dua dan tiga di Pusat Beli-Belah Future Park Rangsit.

Kepala budak perempuan parah tersepit di eskalator

Katanya, Nualprae Wasuthichaikul mungkin menghulurkan kepala untuk melihat ke bawah sebelum tersepit.

Kanak-kanak itu dihantar ke hospital berdekatan dan doktor berjaya memulihkan kembali denyutan jantung, tetapi keadaannya masih lemah kerana mengalami pendarahan dalam kepala. – Bangkok Post

Facebook Comments
Close