Kanak-kanak Perempuan 4 Tahun Maut | Dipercayai Didera Kekasih Ibu Angkat

Memilukan apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun menemui ajal dipercayai akibat didera teman lelaki ibu angkatnya di Taman Seri Telok Emas, di sini, Ahad lalu.

Insiden itu terbongkar selepas pihak Hospital Melaka (HM) membuat laporan polis jam 7.55 pagi hari kejadian apabila mendapati mangsa, Noor Sofia Syaqira Abdullah dalam keadaan tidak bernyawa dan mempunyai pelbagai kesan kecederaan di seluruh badannya.

Budak mati disyaki didera kekasih ibu angkat

Kanak-kanak terbabit dihantar keluarga kekasih ibu angkatnya berusia 35 tahun yang mengesyaki mangsa sudah meninggal dunia di rumah sewa satu tingkat berkenaan.

Siasatan polis mendapati mangsa mati akibat dipukul dan ditumbuk seorang lelaki yang menghilangkan diri sejurus selepas kejadian itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) negeri, Superintendan P R Gunarajan berkata, kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku di rumah mangsa, malam Sabtu minggu lalu.

“Berdasarkan siasatan awal, ibu angkat mangsa menyedari keadaan mangsa yang dilihat seperti tidak sihat sebelum mendapati kanak-kanak itu seolah-olah tidak bernyawa, jam 4 pagi Ahad lalu.

“Wanita itu meminta bantuan ahli keluarga suspek menghantar mangsa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia. “Hasil laporan bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan dalaman serius iaitu kesan bengkak teruk di dahi selain lebam pada leher, tangan, dada dan kaki dipercayai didera suspek,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurut beliau, sejurus kejadian, pihaknya menahan ibu angkat mangsa yang juga suri rumah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Berikutan itu, katanya, polis kini mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Amiezul Al-Ikram Mohamed, 32, dari Gombak, Selangor.

“Orang ramai termasuk ahli keluarga yang mempunyai maklumat mengenai individu itu diminta menghubungi Asisten Superintendan Kumares Raja Retnam di talian 019-6905585 atau balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kata Gunarajan, pemeriksaan pihaknya mendapati lelaki itu memiliki 12 rekod jenayah lampau antaranya membabitkan kes dadah dan samun termasuk empat daripadanya berkaitan kes yang dikehendaki polis.

“Selain mangsa dan wanita itu, suspek menetap di rumah sewa berkenaan bersama seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia lima tahun sejak dua bulan lalu,” katanya.

Facebook Comments
Close