(Gambar) Robot Anjing Canggih Digunakan Oleh Tentera Amerika

LONDON: Dua anjing robot yang dihasilkan Agensi Projek Penyelidikan Lanjutan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) menampakkan kemajuan luar biasa. Penyelidik kini merancang mengembangkan kebolehan robot itu supaya ia boleh bercakap.

‘Haiwan’ robotik itu dicipta untuk membantu tentera melalui laluan paling mencabar, serta membawa bebanan hampir 200 kilogram sejauh lebih 30 kilometer tanpa perlu diisi minyak.

Anjing robotik boleh berkata-kata dicipta untuk bantu tentera Amerika

Dinamakan Sistem Bantuan Skuad Berkaki, jurucakap syarikat pengeluarnya berkata, mereka merancang membina operator radio pada robot berkenaan bagi membolehkan ia menerima arahan.

“Pada masa sama, anjing itu boleh bersuara untuk memaklumkan pengendalinya keadaan semasanya,” katanya. – TS

Facebook Comments
Close