Gambar Pergaduhan Di Hadapan Pejabat PKR Petaling Jaya

Satu pergaduhan telah tercetus diantara dua kumpulan kira-kira pukul 12 tengah hari tadi di hadapan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pergaduhan tercetus apabila kedua-dua kumpulan, Barisan Bersatu Nambikkai dan PKR cuba menimbulkan provokasi di antara satu sama lain.

Demonstrasi depan ibu pejabat PKR tukar kecoh

Insiden tersebut dapat dileraikan 10 minit kemudian dengan bantuan 30 anggota polis.

Seramai 30 orang ahli Barisan Bersatu Nambikkai dan 50 orang ahli PKR terlibat dalam pergaduhan tersebut.

Demonstrasi depan ibu pejabat PKR tukar kecoh

Pergaduhan itu berlaku sebelum Barisan Bersatu Nambikkai ingin melakukan Demonstrasi Bantahan Terhadap Penghinaan Bendera Malaysia, Penipuan PR dan Lakonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Demonstrasi depan ibu pejabat PKR tukar kecoh

Barisan Bersatu Nambikkai melaungkan ‘Hancur PKR’ , ‘Undur PKR’ dan ‘Anwar Liwat’ semasa pergaduhan itu berlaku.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close