Dua Beranak Mangsa Dera Kekasih Ibu

Seorang wanita berusia 30 tahun dan anak perempuannya berusia 10 tahun diperlakukan seperti hamba oleh teman lelakinya yang bukan sahaja menyeksa secara fizikal dan batin sejak hujung tahun lalu, malah segala barangan berharga milik mangsa turut dirampas.

Sumber polis berkata, mangsa berpendapatan lebih RM5,000 sebulan itu tidak mampu merasai pendapatannya itu kerana teman lelakinya yang berusia 30-an menyimpan kad pengeluaran wang automatik (ATM), kad kredit dan barang kemas miliknya sejak perkenalan mereka.

Diseksa kekasih

Beliau berkata, pendapatan mangsa turut dijadikan modal lelaki itu untuk dipinjamkan kepada orang lain dan jika tidak memberikan wang pada masa ditetapkan, anaknya akan menjadi mangsa.

“Mangsa pernah dibelasah dengan kayu besbol dan tidak diberikan makanan serta minuman selama dua hari selepas wanita itu cuba membuat laporan polis.

“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini, kelmarin hasil bantuan rakannya,” katanya.

Facebook Comments
Close