Video Paus Terdampar Di Muara Sungai Sitompak

Usaha beberapa agensi kerajaan dengan kerjasama penduduk kampung gagal menyelamatkan nyawa seekor ikan paus seberat lebih 10 tan yang terperangkap dalam kawasan air cetek di muara Sungai Sitompak, dekat sini, kira-kira 200 meter dari sebuah limbungan kapal, semalam.

Penguasa Perikanan Daerah Kuala Penyu, Julin Bagang berkata, paus sepanjang kira-kira 17 meter spesies Balen itu ditemui pekerja Taman Pulau Tiga yang kebetulan melalui lokasi berkenaan untuk ke Pulau Tiga, kira-kira jam 9 pagi semalam, sebelum memaklumkan kepada pihaknya.

Patah balik untuk mati

Menurutnya, spesies paus itu dikenal pasti selepas pihaknya merujuk kepada seorang pensyarah di Universiti Malaysia Terengganu.

“Kami sudah merujuk kepada pakar dan berdasarkan kriterianya, dipercayai ikan paus ini adalah spesies Balen,” katanya.

Julin berkata, paus itu mati kira-kira jam 8 malam tadi selepas pihaknya mendapati tiada sebarang reaksi daripada mamalia itu.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close