Terima Pelbagai Aduan | McDonald Jepun Tarik Balik Gelas Tema Olimpik 2012

TOKYO – Restoran makanan segera terkenal, McDonald yang beroperasi di Jepun, kelmarin menarik balik gelas percuma bertemakan Sukan Olimpik London 2012 selepas menerima 130 aduan daripada pelanggan.

Jurucakap McDonald, Kazuyuki Hagiwara berkata, mereka turut menerima 78 aduan pelanggan cedera.

Jepun tarik balik gelas McDonald

“Kebanyakan pengguna mengalami luka kerana gelas sumbing. Kami mendapati kesilapan semasa prosedur pembuatan gelas tersebut menjadi punca insiden ini berlaku,” katanya.

Difahamkan, enam juta gelas percuma itu telah diberikan kepada pelanggan sejak Jun lalu.

Facebook Comments
Close