Pesara Jabatan Pertanian Baling Maut Dirempuh Lori Sampah

Seorang bekas pesara Jabatan Pertanian Baling maut dalam kemalangan di Jalan Baling-Kupang berhadapan Sekolah Rendah Kebangsaan Pulai, kira-kira jam 11 pagi, semalam.

Muhamad Husin, 60, dari Kampung Raja, Kupang maut di tempat kejadian setelah motosikalnya dirempuh oleh sebuah lori sampah dari arah belakang.

Maut dirempuh lori sampah

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala setelah kepalanya dipercayai terhantuk di atas jalan.

Menurutnya, pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Arwah yang lebih senang dipanggil Pak Tam itu terkenal dengan sifat peramahnya dan amat disegani oleh rakan-rakannya.

Arwah yang dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Raja itu meninggalkan seorang anak dan seorang balu.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close