Pembantu Kedai Rogol Gadis Bawah Umur

Seorang pembantu sebuah restoran francais di bandar raya ini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas dakwaan merogol seorang gadis bawah umur, dua tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Nor Iskandar Ahmad Shamsol Bahri, 20, dari Rumah Awam Kos Rendah, Bukit Payong, Marang, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan itu.

Pembantu restoran dituduh rogol gadis bawah umur

Dia mengaku tidak bersalah merogol mangsa yang semasa kejadian berusia 13 tahun di dalam bilik tidur di sebuah rumah di Jalan Sultan Mahmud, di sini, pada 2 Ogos 2010 antara jam lebih kurang 1 petang hingga 1.20 petang.

Dengan itu, dia mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud di hadapan hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Selepas pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Wan Fadhilah menetapkan 3 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close