Pelakon Amyza Aznan Keguguran Anak Ketiga

PELAKON yang terkenal menerusi drama bersiri 3T: Tan, Tin, Tun, Amyza Aznan,36, berkongsi berita mengenai keguguran kandungan yang baru berusia tiga minggu.

Perkara itu disahkan sendiri pelakon itu menerusi laman Twitternyapetang ini, antara lain menulis, “takde rezeki. Perancangan ALLAH lebih baik. Aku redha. Keguguran anak ketiga.”

Amyza Aznan

Bagaimanapun dia tidak menyebut bila mengalami keguguran.

Pelakon manis itu sudah mempunyai dua cahaya mata, Andre Mikhail dan Adrian Adam, hasil perkongsian hidup dengan Khairil Izhar Mohd Nazir.

Amyza dan Khairil Izhar berkahwin pada 2004.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close