Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Kemalangan | Seorang Maut & Dua Lagi Parah

Seorang penuntut wanita maut manakala dua lagi parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar pokok di lebuh raya Changlun-Kuala Perlis dekat sini semalam.

Ainun Izzaty Mat Jamil, 19, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Pelajar politeknik maut, dua rakan parah

Gambar Hiasan

Pemandu kenderaan itu, Siti Nur Amalina Mohd Rashid, 19, dan penumpang hadapan Azwani M Saad, 19, yang cedera parah kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Jurucakap polis berkata penuntut politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh itu bersama dua lagi rakannya dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Perlis pada pukul 8 pagi.

“Pasukan perubatan akan memantau keadaan mereka.

“Mereka dikatakan menuju ke Kuala Perlis untuk menghantar kenderaan yang mereka sewa itu,” katanya.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • politeknik tuanku syed sirajuddin (20)

Comments are closed.

Close