Pegawai Kerajaan Buta Mata Selepas Guna Ubat Tidak Berdaftar Kemuka Saman RM1 Juta

Selepas tiga tahun menanggung sengsara kerana hilang penglihatan mata kanan akibat penggunaan ubat tidak berdaftar, seorang pegawai kerajaan tampil mengemukakan saman RM1 juta terhadap syarikat pengeluar produk terbabit.

Saman difailkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nariman Badruddin, di kaunter pejabat pendaftaran mahkamah berkenaan pada jam 12.30 tengah hari, semalam.

Buta mata kanan: Pengguna saman pengeluar produk RM1j

Rozali Che Mat, melalui peguam cara, Tetuan Shaharuddin Idayu & Marwaliz menamakan dua individu iaitu pemilik dan rakan kongsi perniagaan berkenaan sebagai defendan pertama serta kedua.

Beliau, yang ditemui di mahkamah semalam berkata, kejadian berlaku pada 2009 apabila matanya gatal akibat dimasuki habuk ketika menjalankan satu operasi.

Katanya, dia kemudian ke premis perniagaan ubat itu di Pengkalan Kubor dan diberi ubat untuk dititis ke dalam mata.

“Saya titiskan ubat itu sekali sahaja ke dalam mata kanan yang gatal. Bagaimanapun, lima jam selepas itu, nanah keluar dari dalam anak mata.

“Dua hari kemudian, saya ke klinik pakar mata dan diberi ubat, tetapi nanah tetap keluar, malahan semakin banyak sehingga menyebabkan kesakitan yang amat sangat,” katanya.

Tidak tahan dengan rasa sakit melampau pada matanya itu, Rozali kemudian pergi ke hospital dan ditahan di wad selama beberapa hari.

“Ketika itu doktor memaklumkan tiga lapisan mata saya sudah bocor akibat daripada penggunaan ubat berkenaan. Lebih menyedihkan apabila saya disahkan hilang upaya penglihatan mata ini,” katanya.

Semalam, beliau tampil memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi terhadap sebelah matanya yang sudah buta.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • syarikat pengeluar aura white (36)
  • pengeluar aura white (24)
  • syarikat aura white (23)
  • pengeluar aurawhite (15)
  • syarikat pengeluar aurawhite (12)

Comments are closed.

Close