Orang Ramai Rakam Polis Tembak Lelaki Pegang Pisau

Orang ramai semalam menggunakan telefon bimbit masing-masing untuk merakam kejadian menembak oleh anggota polis terhadap seorang lelaki yang mengancam mereka dengan pisau di Times Square, kawasan tumpuan pelancong di bandar raya ini.

Kejadian Sabtu lalu dirakam sepenuhnya oleh orang ramai, yang meskipun kelihatan ketakutan, melarikan diri untuk melihat peristiwa itu dari kedudukan yang lebih baik sehingga ia berakhir dengan tembakan polis.

Pelancong rakam polis tembak suspek bersenjata pisau

Satu rakaman kejadian itu yang disiarkan menerusi laman web stesen televisyen NBC menunjukkan suspek, berbaju putih, berundur dari sekumpulan anggota polis, sebelum beberapa das tembakan membunuh lelaki itu. Polis berkata, lelaki itu mengancam mereka dan enggan menyerah diri. Penggunaan semburan lada putih juga gagal melemahkannya. – Reuters

Facebook Comments

Comments are closed.

Close