Nasib Nasharudin Ditentukan Oleh Majlis Syura

Pas menyerahkan sepenuhnya kepada Majlis Syura bagi menentukan kedudukan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang menggesa agar parti itu keluar Pakatan Rakyat (PR), selain terlibat dalam pertikaman lidah dengan pemimpin DAP.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kenyataan Nasharudin itu tidak sedikit pun memberi kesan ke atas parti.

Hadi: Majlis Syura tentukan nasib Nasharudin

“Saya akan serahkan kepada Majlis Syura untuk mengambil sebarang tindakan kepada Nasharudin,” kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Biro Politik Pas di sini, hari ini.

Beliau menambah, Pas akan tetap berjuang bersama PR kerana perjuangan agenda perjuangan parti lebih besar berbanding dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nasharudin sebelum ini.

Beliau turut berkata yang Umno kehilangan tokoh agama dan terpaksa mengambil pemimpin agama dari parti Pas untuk “tumpang semangkuk” kerana mereka tidak ada kewibawaan yang cukup dalam menjawab isu agama.

“Bagi kami, tiada sebarang masalah di kalangan akar umbi jika mahu keluar parti. Pas sendiri ada saluran sendiri jika ada ahli yang mahu keluar parti,” katanya.

Tambah beliau, tindakan Nasharudin baru-baru ini juga tidak akan menjejaskan parti sama sekali.

Awal minggu lalu, media memaparkan gambar Nasharudin, Ahli Parlimen Bachok, bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada
dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama di Makkah.

Kemunculan itu mencetuskan tanda tanya di kalangan ahli Pas.

Dalam kenyataannya kepada media Nasharudin menafikan spekulasi akan keluar Pas.

Nasharudin sebelum ini pernah dikaitkan dengan usaha ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan Umno-Pas.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulas isu itu, juga awal minggu lalu, berkata, beliau tidak akan terkejut jika Nasharudin keluar parti.

Awal tahun ini, Pas memecat bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close