Nasib Gadis Kurang Siuman | Dirogol Penternak Lembu

Seorang penternak lembu tergamak merogol seorang gadis kurang siuman yang tinggal sekampung dengannya di sebuah kampung di daerah ini, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira 10 malam kelmarin apabila gadis malang berusia 28 tahun itu dikatakan keluar dari rumah kira-kira 10 malam.

Nasib gadis kurang siuman

Sumber berkata, gadis terbabit bagaimanapun ditemui merayau di dalam kawasan kampung berkenaan oleh anak saudaranya kira-kira sejam kemudian.

“Mangsa ditemui dalam keadaan kusut masai dan berjalan kaki kemudian dibawa pulang ke rumahnya, sebelum mangsa membongkar rahsia kepada keluarganya dia dirogol seorang lelaki dikenali di belakang rumahnya.

“Menurut mangsa, lelaki berusia awal 40-an itu yang merupakan penternak lembu telah merogolnya,” katanya,

Sumber berkata, mangsa yang merupakan anak ketujuh dari sebelas beradik mengalami masalah mental sejak berusia 23 tahun dipercayai dirogol di dalam kawasan semak berhampiran kolam air panas di kampung berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, lapan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka (IPK) pergi ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berkaitan kejadian itu.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, seorang suspek lelaki disyaki cuba melarikan diri sebelum ditahan anggota polis di hadapan sebuah kandang lembu di kampung berkenaan kira-kira 11 pagi.

“Suspek ditahan dan dibawa ke IPK dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Facebook Comments
Close