Lelaki Terjun Dari Tingkat Lapan Di HUSM

Suasana di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian gempar seketika apabila seorang lelaki berusia 57 tahun dikatakan terjun dari tingkat lapan bangunan hospital berkenaan, kira-kira jam 10 pagi, semalam.

Mangsa, Sim Beck Imm yang menghidap sakit pinggang kronik sebelum itu dilihat berada di Jabatan Kecemasan hospital terbabit untuk membuat temujanji.

Terjun dari tingkat lapan

Dia kemudian dipercayai menuju ke tingkat lapan dan terjun dari bahagian koridor sebelum terjatuh di tingkat dua bangunan sama.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata kejadian itu menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian apabila mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala hingga otaknya berkecai. Katanya, polis menerima panggilan kira-kira jam 10 pagi sebelum bergegas melakukan siasatan di tempat kejadian.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close