Lelaki Baru Jual Tanah Ditemui Mati Dikelar

Seorang lelaki tidak sempat membelanjakan wang hasil jualan tanahnya berjumlah ratusan ribu ringgit selepas dibunuh dengan kejam apabila disembelih dalam keadaan tangan terikat di rumahnya di Mukim A, Kampung Sungai Pinang, di sini, semalam.

Mayat Ghadzali Ahmad, 52, ditemui terbaring tanpa baju dan hanya berkain pelekat oleh seorang rakannya, di atas lantai bilik tidurnya, pada jam 10 pagi.

Mayat Ghadzali Ahmad, 52, ditemui terbaring tanpa baju dan hanya berkain pelekat

Rakannya itu dikatakan datang ke rumah mangsa yang masih bujang untuk membawanya ke sebuah hospital swasta bagi membantunya mendapatkan rawatan penyakit asma dihidapinya.

Bagaimanapun, selepas beberapa kali memanggil, rakan mangsa hairan kerana tidak bersahut lalu meninjau ke dalam rumah melalui tingkap dan ternampak Ghadzali terbaring berlumuran darah lalu menghubungi polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, polis yang menerima maklumat bergegas ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan menemui sebilah pisau dipercayai digunakan untuk menyembelih mangsa.

Mangsa yang tinggal bersendirian dilihat buat kali terakhir pada pukul 8 malam tadi dan dia dikatakan telah membeli bunga api untuk saudaranya yang tinggal berhampiran lokasi kejadian.

Mazlan berkata hasil siasatan mendapati mangsa telah meninggal dunia kira-kira 12 jam sebelum ditemui dan polis turut menemui kesan pergelutan di bilik terbabit.

Facebook Comments
Close