Khairul Fahmi Che Mat (Apek) Terlibat Kemalangan Jalan Raya

Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat cedera dalam kemalangan selepas kereta dipandunya terbabas di Kampung Badak, Bachok dekat sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, Khairul Fahmi atau Apex cedera ringan di tangan kanan.

Apex cedera kemalangan, mungkin terlepas saingan Piala Malaysia malam ini

Sehubungan itu, dia bakal terlepas peluang membantu Kelantan yang akan berdepan dengan Kedah dalam saingan Kumpulan B kempen Piala Malaysia malam ini.

Facebook Comments
Close